Friday, November 30, 2012

Travelog : Krabi 2012 - Part 3 (Day 2)


Assalamualaikum and hello.

Nak continue Part.3 Krabi, which is 2nd day kami kat sana.

Seawal pagi dah bangun. haruslah sebab nak melantak free breakfast kat hotel. aku tanya halal ke? dia cakap halal.. so aku pun makan la nasi goreng telur, roti dan jem dan telur, dan telur lagi serta telur. hahaha..sebab nya masih ada was2 nak makan ayam tu. kalau ragu2 jangan makan! :)

then berjalan kaki ke kedai2 kat Ao Nang street, seminit dah sampai.hehe.. kedai baju souvenir semua tak bukak lagi. club dan bar lagi la tak mungkin kan. yang dah bukak cuma travel agent yang dok jual pakej island hoping tu. dan 7-11.. hehe..

Recommended packages are :

1. The Phi Phi Island - highly recommended! - stop 2x for snorkeling, Maya Bay, Monkey Bay, Phi Phi Don etc.
2. The four islands - Ko Poda, Chicken Island, Ko Tub

Masa ni dah kelam kabut sikit sebab macam terlewat. Kami pilih The Phi Phi Island package. tak lama lepas beli, jeep yang ambik untuk ke jetty pun sampai (err bukan jetty actually, pot ade banyak2 boat parking.haha..). tula breakfast beria2 macam tak makan setahun. dapat bargain pun sikit jer. dalam 950 baht @RM95 including :

  1. lunch buffet at Phi Phi Don (halal)
  2. hotel transfer (pergi-balik diorang ambik kat hotel)
  3. snorkeling equipment
  4. tourist guide (English speaking)
  5. unlimited mineral water, fruits, cakes and soft drinks. - provide atas boat (ambik la banyak mana selagi tak habis. kalau dah stop mana2, naik boat jer lapar, konfem terus cari food/air.. tak caya? nanti aku tunjuk bukti kat gambar..haha)
*Pakej ni speedboat 830am-5pm. Untuk family yang ada anak2 kecik, tak recommend yang ni. ada pakej lain. boleh refer pakej kat web ni.. tapi tak payah beli, cari jer kat Ao nang street tu, bersepah2 pakej. kalau banyak masa boleh survey lagi and bargain lagi beria.

Snorkeling kat krabi memang puas hati. dia berhenti 2x, yang last pit stop untuk snorkeling tu lama gila, sebab lepas tu nak balik dah. dia bagi kita puas hati. tourist guide pun sporting terjun sekali tunjuk kita hidupan laut yang cantik2. 

Malas nak type dah. yang pasti Krabi ni awesome! cantikkkk sangat.. so layan je la gambar.



Tourist guide briefing sebelum gerak

Seram kena serbu dengan ikan






Monkey Bay














Ni la rupa kalau naik boat jer lapo, terus cari tembikai. :P

Balik tu diorang hantar kami ke hotel. tapi alang2 dah basah, ape lagi, terjun swimming pool hotel la pulak kan..lupa nak bagitau. Timber House ni ade pool dan spa.


Malam tu konon nak try kedai makan lain pulak, ade la 1 restaurant halal ni nampak grand sikit, tepi pantai gitu. angin bertiup sepoi2 bahasa.kehkeh.. tapi serius tak sedap laa tomyam dia.. total makan for 2 = 500 baht @rm50. bit pricey, tapi boleh consider. nama pun bercuti. yang tak boleh sebab taste dia not too good as last night.






after dinner, kami survey dan beli pakej untuk aktiviti esok pulak. so just tunggu diorang datang pickup kami kat hotel je esok pagi.. settle smua kami balik dan tido..zzz..

Tips : 
  1. Kalau nak beli pakej island hopping siap2 malam sebelum pun ok, boleh diorang pickup kat hotel jer. 
  2. May-october is low season in Krabi sebab dah mula hujan (tapi bukan sepanjang masa hujan. tengokla weather forecast before plan date yer.. hotel/pakej sekali ganda murah dari peak season.
  3. kalau stay 3 malam, pakej Phi Phi Island tu highly recommended. kalau stay 4malam boleh la ambik both packages kat atas tu. 

Things to bring :
  1. Sunblock (lagi tinggi SPF lagi bagus, sebab agak terik la jugak)
  2. Waterproof sandal
  3. Dry bag (kalau takde, kat kedai2 Ao Nang tu banyak dan murah compare to KL/langkawi)
  4. Sunglass
  5. Topi
  6. Towel




Sincerely,
Fira Salleh

Wednesday, November 28, 2012

Travelog : Krabi 2012 - Part 2 (Day 1)


Hello readers.. 

In part 2 ni nak share perjalanan from Komtar to Krabi. 
Pagi2 lagi kami dah ke komtar. sekitar tu banyak travel agency untuk ke Krabi/Koh Samui etc. kitorang naik Van 11 seaters yang super comfort.. besar mcm Hiace, tapi dalam van tu dah makeup ngan lampu2 bagai. new experience for me! Kos dari Penang-Krabi Rm60 sahaja.. murah kan.. tapi it will takes about 7-8 hours untuk sampai Krabi, transit dekat Hatyai. sebab tu lah aku cakap kat Krabi Part 1 dulu yang nak enjoy the scenery jer boleh kental ikut jalan darat..hehe.. dalam van ade 1 couple Indonesia with little girl yang super cute. then ade orang siam nak balik sana agaknya. Malaysian takde selain kitorang. satu je tak best, dia bukak tv video clip lagu Siam yang bangang2. lagu catchy tapi video clip mak aih. serius rasa nak tampo diri sendiri laju2 kene layan benda tu sampai ke Hatyai.






Transit kat Hatyai, dia akan separate yang nak ke Krabi, Koh Samui, Phuket or tempat2 lain. kene naik van masing2. Driver ke Krabi ni bawak memang macam gila, gatal sangat nak duduk depan tepi driver, sekali seram sebab laju macam nak langgar kereta depan. tapi alhamdulillah selamat sampai. dia akan singgah sekali je kawasan rehat, time ni nak turun membuang ke alas perut ke dipersilakan. kat situ ade jual makanan halal. so kitorang try benda alah kat bawah ni, taktau apa nama dia. macam samosa atau karipap inti pelik2. cicah dengan sos khas. eyhh sedap okay! kena cuba.



Lepas dah berapa jam perjalanan, still ade 193 km lagi.. mak ai tiba2 terasa jauh.. sempat recharge ni, so aku pun tidur instead of menikmati scenery jalan darat konon nya.. haha



Finally...... sampai pun.. van ni akan stop kan korang dekat pekan ape entah. tak jauh sangat pun dari hotel2 dan pantai Krabi tu, but still kene cari taxi.. AWAS! jangan termakan dengan pujuk rayu  pakej2 island hopping etc yang ditawarkan kat town tu, better cari dekat Ao Nang nanti. murah dan boleh bargain beria sikit. 

Agaknya driver kami ni simpati tengok kami tak dapat2 Taxi, dia pun hantar kami ke hotel, Krabi Timber House dekat Ao Nang. yang ni kami beli kat Groupon, murah 4D3N just Rm249. lepas2 tu aku tak jumpa dah kat groupon atau web deal yang lain, hotel ni atau hotel2 lain kat Krabi offer murah macam ni untuk 4D3N. lucky us!

Makesure cari hotel sekitar Ao Nang. ni yang paling strategik.


happy nyerr muka Awa nak check-in






Sampai pun dah petang, penat. kami just rest and recharge sekejap. malam baru keluar cari pot nak dinner. Timber house ni betul2 strategik. ke kanan jalan if nak ke pantai, ke kiri if nak ke Ao Nang Street (kedai jual souvenir, kedai makan and pantai jugak). haruslah kami ke kiri nak memulakan misi mencari tomyam siam! actually agak jauh kami berjalan, 2-3km. tapi sebab sepanjang berjalan tu ada banyak sangat kedai2 jual t-shirt, bag, souvenir, pakej2 island hopping bla3, so tak sedar pun dah jauh. sambil2 tu usha la restoran Islam, banyak tulis halal tapi jual beer. err apekah? atlast, kami makan kat kedai tak berapa mewah tepi jalan jer, betul2 depan masjid. kedai ni dah jauh sikit dari kedai2 jual souvenir yang berlambak tadi tu. masa kami sampai orang2 masjid tengah minum2 lepas maghrib menanti isyak. 

tomyam kat kedai ni, mabelessss! memang tak penah jumpa tomyam sesedap ni kat KL. tapi pedas dia, jangan cakap. sampai aku makan gula yang dia provide atas meja tu. murah pun murah.. seriously aku rindu tomyam ni. price pulak reasonable.. 250 baht for 2.. 


lepas makan tak larat dah nak jalan kaki. baru sedar jauh berjalan. ape lagi, naik tuktuk la..hehe.. Caj dia murah berapa ringgit jer.. kami mintak dia stop kan kat kedai2 yang banyak sepanjang jalan tu sebab nak usha2 souvenir. terstuck kat satu kedai ni, Ah Boon nama tokey ni. esok dan lusa pun kami pergi kedai dia jugak lagi.. kedai baju2 dengan souvenir (FM, keychain bla3). yang jaga kedai tu wife dengan sedara mara dia jugak. diorang ni memang friendly la, tu sebab kitorang selesa kat kedai dia ni. dia pun bagi discount kaw2. tapi memang senang nak bargain kat kedai dia ni. kedai lain tu dah la muka ketat, nak bargain pun payah, barang mahal. nanti part 4 aku bagi gambar kedai ah boon tu. :)

ade jugak usha pakej2 island hopping sepanjang jalan tu. disebabkan kami pergi bukan masa peak season, kami pun takde la beli pakej siap2 malam tu. biasanya dah nak pergi esok, if ada kosong boleh bargain beria lagi. sebab diorang pun mesti nak memaksimumkan boat diorang kan. baru la untung. just usha2 price dan pakej jer. settle semua tu kami pun pulang ke hotel merehatkan diri. tidur lah. esok nak island hopping pulak. tak sabar nak masuk laut Krabi. :)

jumpa di Part.3 ok. review untuk Day 2 kat Krabi. 


Big Gulp sebesar muka. 7-11 mesia takde ni.

hasil tangkapan malam first.


Tips :

  1. Makesure dah breakfast pagi tu, sebab perjalanan jauh dan driver direct Penang-Hatyai takde berenti makan derrr..
  2. Transit Hatyai-Krabi cuma berhenti sekali jer kat kawasan rehat. kita naik van ramai2 kan, driver pun tak kan nak ikut kepala kita sorang pulak. sebab tu breakfast kenyang2 kat penang.
  3. Dekat travel agency Hatyai ni, tanya habis2 macam mana korang nak balik ke Penang pulak. pastikan dapat contact number/business card diorang. atau tanya driver yang bawak ke Krabi tu.
  4. buat Muslim yang wajib concern dengan Halal food, gerai tepi jalan ni very recommended. sedap,murah dan boleh dipercayai. since orang masjid pun lepak situ kan. (NO beer ok). tapi lupa nama kedai ni. betul2 depan masjid.
  5. cari hotel sekitar Ao Nang street. banyak pilihan dan senang nak jalan kaki ke kedai2.

Sincerely,
Fira Salleh

Monday, November 26, 2012

Travelog : Krabi 2012 - Part.1

Assalam & hello readers.. (err.. ade ke? haha..)

This entry nak cerita exp. pergi Krabi. hoyeahh! boleh kata dah lapuk la cerita ni sebab pergi June 2012..tapi nak cerita jugak, manetau boleh jadi reference kat korang kan.. mane la tau.. :)

And sebab kitorg lalu ikut jalan darat dari Penang ke Krabi, means tak naik flight la ke Krabi. sesuai sangat for those yang nak enjoy the scenery of Thailand..haha! and murah ok.

Yang best nya trip kali ni, sebab kitorang naik macam2 transport.

  1. Flight (Subang-Penang)
  2. Van, kat Thai ada yang panggil mini bus. (Penang-Hatyai-Krabi)
  3. Tuktuk (jenjalan sekitar Krabi)
  4. Scooter Hello Kitty comel (sewa kat Krabi)
  5. Boat (Island hopping)
  6. Gajah (errr consider transport ke ni?lol..)
  7. Train KTMB - coach ADNS sebab nak tidur lena. (Butterworth-Sg.Buloh)


My journey start bila kitorg naik Fireflyz from Subang to Penang. tiket masa ni promo so murah tak sampai Rm100 pun..puluh2 jer.. then sampai Penang haruslah singgah Nasi Kandar Beratur. Wajib ok! Kalau datang confirm kena beratuq la, unless korang jadi 1st customer. ape kes plak nak kena q. don't worry la, diorang buat kerja laju, takde la lama kena q. business hour start pukul 10.00 pm.. jangan blame aku kalau korang pegi tengahari buta, kedai lain yang bukak. diorang share kedai. sila jangan berangan pergi siang2 hari. warning nih! nah amek gambar!





Then kitorang check-in budget hotel sekitar komtar. jalan kaki je dari komtar tu. boleh la setakat nak tidur 1 malam kan. murah jer RM50 kot. ade banyak hotel budget situ, pandai2 la korang cari. ok nanti sambung kat Part 2 - Day 1 at Krabi. daaa~ 



Sincerely,
Fira


Wednesday, November 7, 2012

.blog bersarang.

Assalamualaikum and  helloooo..!


pheww.. lama gilaaaa tak update.. sebab? 
sebab busy laa...!
err.. memang takde sebab.. aku bukan blogger tegar pun..
buat untuk suka2..haha.. 

ntah ape motif tiba2 harini datang mood nak bukak blog. 
and to be honest, aku sendiri lupa link blog aku.LOL.. 

nothing to share. just 2,3 weeks ni macam busy and penat tahap dewa dah.. why? why? why? over plak dok repeat..kehkeh.. ni la few things yang buat aku cam busy and letih tahap dewa.
  • not enough rest..teammate bersusun yang cuti, so kena kerja 5hari cuti 3hari. oh exhausted!
  • Insomnia..! taktau apa insomnia? pergi google! 
  • ada few things yg dah lama aim.so busy cari mende alah ni..tapi apsal susah nk jumpa yg berkenan? :(    jangan tanya apa! secretttt.. :)
  • letih meng-google.. buat itinerary..nk fly 10hb, baru buat itinerary this week. terbaik la kau Fira! :P
    sape2 yang nak travel tu please, jangan buat last minute. sebab many things nak consider like budget untuk fee entrance, transportation, time, acco bla3.
  • busy shopping..!!! OR window shopping? haha.. dah gaji le katakan..tapi yang ni penat camne pun sukaaa.. fav place tentu la 1utama. 
cakap pasal shopping, semalam pegi Paradigm Mall.. ok sape taktau kat mana mall baru yang tak berapa nak baru ni? kat Kelana Jaya opposit Giant besar tu.. belum fully siap pun. ada jugak kedai tak bukak lagi but most dah open la.besar and banyak butik yang best.

aim nak beli kasut.. dah letih keluar masuk semua kedai kasut yang ada. takde satu pun betul2 suka except err.. err.. Lacoste.. and the price is RM999.. ok tipu.. 
arghh tak kisah la price sebab memang best pakai! today nak pergi Curve kalau ada memang nak sambar! seriously jatuh chenta.
or else, ada yang lain lagi berkenan.

and tonight i'm gonna meet Abe James Bond.. yuhuu.. jom tengok Skyfall.. nak layan trailer ni dulu~


abe macho Daniel Craig

ok dah. takde apa nak mengarut dah. nanti bila2 merepek lagi.. bye!

Sincerely,
Fira



psstt..update sikit. tak jadi beli Lacoste, beli Puma yang best. harga pun lagi murah. RM199.. puas hati dapat jugak! :)