Friday, November 30, 2012

Travelog : Krabi 2012 - Part 3 (Day 2)


Assalamualaikum and hello.

Nak continue Part.3 Krabi, which is 2nd day kami kat sana.

Seawal pagi dah bangun. haruslah sebab nak melantak free breakfast kat hotel. aku tanya halal ke? dia cakap halal.. so aku pun makan la nasi goreng telur, roti dan jem dan telur, dan telur lagi serta telur. hahaha..sebab nya masih ada was2 nak makan ayam tu. kalau ragu2 jangan makan! :)

then berjalan kaki ke kedai2 kat Ao Nang street, seminit dah sampai.hehe.. kedai baju souvenir semua tak bukak lagi. club dan bar lagi la tak mungkin kan. yang dah bukak cuma travel agent yang dok jual pakej island hoping tu. dan 7-11.. hehe..

Recommended packages are :

1. The Phi Phi Island - highly recommended! - stop 2x for snorkeling, Maya Bay, Monkey Bay, Phi Phi Don etc.
2. The four islands - Ko Poda, Chicken Island, Ko Tub

Masa ni dah kelam kabut sikit sebab macam terlewat. Kami pilih The Phi Phi Island package. tak lama lepas beli, jeep yang ambik untuk ke jetty pun sampai (err bukan jetty actually, pot ade banyak2 boat parking.haha..). tula breakfast beria2 macam tak makan setahun. dapat bargain pun sikit jer. dalam 950 baht @RM95 including :

  1. lunch buffet at Phi Phi Don (halal)
  2. hotel transfer (pergi-balik diorang ambik kat hotel)
  3. snorkeling equipment
  4. tourist guide (English speaking)
  5. unlimited mineral water, fruits, cakes and soft drinks. - provide atas boat (ambik la banyak mana selagi tak habis. kalau dah stop mana2, naik boat jer lapar, konfem terus cari food/air.. tak caya? nanti aku tunjuk bukti kat gambar..haha)
*Pakej ni speedboat 830am-5pm. Untuk family yang ada anak2 kecik, tak recommend yang ni. ada pakej lain. boleh refer pakej kat web ni.. tapi tak payah beli, cari jer kat Ao nang street tu, bersepah2 pakej. kalau banyak masa boleh survey lagi and bargain lagi beria.

Snorkeling kat krabi memang puas hati. dia berhenti 2x, yang last pit stop untuk snorkeling tu lama gila, sebab lepas tu nak balik dah. dia bagi kita puas hati. tourist guide pun sporting terjun sekali tunjuk kita hidupan laut yang cantik2. 

Malas nak type dah. yang pasti Krabi ni awesome! cantikkkk sangat.. so layan je la gambar.



Tourist guide briefing sebelum gerak

Seram kena serbu dengan ikan






Monkey Bay














Ni la rupa kalau naik boat jer lapo, terus cari tembikai. :P

Balik tu diorang hantar kami ke hotel. tapi alang2 dah basah, ape lagi, terjun swimming pool hotel la pulak kan..lupa nak bagitau. Timber House ni ade pool dan spa.


Malam tu konon nak try kedai makan lain pulak, ade la 1 restaurant halal ni nampak grand sikit, tepi pantai gitu. angin bertiup sepoi2 bahasa.kehkeh.. tapi serius tak sedap laa tomyam dia.. total makan for 2 = 500 baht @rm50. bit pricey, tapi boleh consider. nama pun bercuti. yang tak boleh sebab taste dia not too good as last night.






after dinner, kami survey dan beli pakej untuk aktiviti esok pulak. so just tunggu diorang datang pickup kami kat hotel je esok pagi.. settle smua kami balik dan tido..zzz..

Tips : 
  1. Kalau nak beli pakej island hopping siap2 malam sebelum pun ok, boleh diorang pickup kat hotel jer. 
  2. May-october is low season in Krabi sebab dah mula hujan (tapi bukan sepanjang masa hujan. tengokla weather forecast before plan date yer.. hotel/pakej sekali ganda murah dari peak season.
  3. kalau stay 3 malam, pakej Phi Phi Island tu highly recommended. kalau stay 4malam boleh la ambik both packages kat atas tu. 

Things to bring :
  1. Sunblock (lagi tinggi SPF lagi bagus, sebab agak terik la jugak)
  2. Waterproof sandal
  3. Dry bag (kalau takde, kat kedai2 Ao Nang tu banyak dan murah compare to KL/langkawi)
  4. Sunglass
  5. Topi
  6. Towel




Sincerely,
Fira Salleh

No comments:

Post a Comment