Wednesday, November 28, 2012

Travelog : Krabi 2012 - Part 2 (Day 1)


Hello readers.. 

In part 2 ni nak share perjalanan from Komtar to Krabi. 
Pagi2 lagi kami dah ke komtar. sekitar tu banyak travel agency untuk ke Krabi/Koh Samui etc. kitorang naik Van 11 seaters yang super comfort.. besar mcm Hiace, tapi dalam van tu dah makeup ngan lampu2 bagai. new experience for me! Kos dari Penang-Krabi Rm60 sahaja.. murah kan.. tapi it will takes about 7-8 hours untuk sampai Krabi, transit dekat Hatyai. sebab tu lah aku cakap kat Krabi Part 1 dulu yang nak enjoy the scenery jer boleh kental ikut jalan darat..hehe.. dalam van ade 1 couple Indonesia with little girl yang super cute. then ade orang siam nak balik sana agaknya. Malaysian takde selain kitorang. satu je tak best, dia bukak tv video clip lagu Siam yang bangang2. lagu catchy tapi video clip mak aih. serius rasa nak tampo diri sendiri laju2 kene layan benda tu sampai ke Hatyai.






Transit kat Hatyai, dia akan separate yang nak ke Krabi, Koh Samui, Phuket or tempat2 lain. kene naik van masing2. Driver ke Krabi ni bawak memang macam gila, gatal sangat nak duduk depan tepi driver, sekali seram sebab laju macam nak langgar kereta depan. tapi alhamdulillah selamat sampai. dia akan singgah sekali je kawasan rehat, time ni nak turun membuang ke alas perut ke dipersilakan. kat situ ade jual makanan halal. so kitorang try benda alah kat bawah ni, taktau apa nama dia. macam samosa atau karipap inti pelik2. cicah dengan sos khas. eyhh sedap okay! kena cuba.



Lepas dah berapa jam perjalanan, still ade 193 km lagi.. mak ai tiba2 terasa jauh.. sempat recharge ni, so aku pun tidur instead of menikmati scenery jalan darat konon nya.. haha



Finally...... sampai pun.. van ni akan stop kan korang dekat pekan ape entah. tak jauh sangat pun dari hotel2 dan pantai Krabi tu, but still kene cari taxi.. AWAS! jangan termakan dengan pujuk rayu  pakej2 island hopping etc yang ditawarkan kat town tu, better cari dekat Ao Nang nanti. murah dan boleh bargain beria sikit. 

Agaknya driver kami ni simpati tengok kami tak dapat2 Taxi, dia pun hantar kami ke hotel, Krabi Timber House dekat Ao Nang. yang ni kami beli kat Groupon, murah 4D3N just Rm249. lepas2 tu aku tak jumpa dah kat groupon atau web deal yang lain, hotel ni atau hotel2 lain kat Krabi offer murah macam ni untuk 4D3N. lucky us!

Makesure cari hotel sekitar Ao Nang. ni yang paling strategik.


happy nyerr muka Awa nak check-in






Sampai pun dah petang, penat. kami just rest and recharge sekejap. malam baru keluar cari pot nak dinner. Timber house ni betul2 strategik. ke kanan jalan if nak ke pantai, ke kiri if nak ke Ao Nang Street (kedai jual souvenir, kedai makan and pantai jugak). haruslah kami ke kiri nak memulakan misi mencari tomyam siam! actually agak jauh kami berjalan, 2-3km. tapi sebab sepanjang berjalan tu ada banyak sangat kedai2 jual t-shirt, bag, souvenir, pakej2 island hopping bla3, so tak sedar pun dah jauh. sambil2 tu usha la restoran Islam, banyak tulis halal tapi jual beer. err apekah? atlast, kami makan kat kedai tak berapa mewah tepi jalan jer, betul2 depan masjid. kedai ni dah jauh sikit dari kedai2 jual souvenir yang berlambak tadi tu. masa kami sampai orang2 masjid tengah minum2 lepas maghrib menanti isyak. 

tomyam kat kedai ni, mabelessss! memang tak penah jumpa tomyam sesedap ni kat KL. tapi pedas dia, jangan cakap. sampai aku makan gula yang dia provide atas meja tu. murah pun murah.. seriously aku rindu tomyam ni. price pulak reasonable.. 250 baht for 2.. 


lepas makan tak larat dah nak jalan kaki. baru sedar jauh berjalan. ape lagi, naik tuktuk la..hehe.. Caj dia murah berapa ringgit jer.. kami mintak dia stop kan kat kedai2 yang banyak sepanjang jalan tu sebab nak usha2 souvenir. terstuck kat satu kedai ni, Ah Boon nama tokey ni. esok dan lusa pun kami pergi kedai dia jugak lagi.. kedai baju2 dengan souvenir (FM, keychain bla3). yang jaga kedai tu wife dengan sedara mara dia jugak. diorang ni memang friendly la, tu sebab kitorang selesa kat kedai dia ni. dia pun bagi discount kaw2. tapi memang senang nak bargain kat kedai dia ni. kedai lain tu dah la muka ketat, nak bargain pun payah, barang mahal. nanti part 4 aku bagi gambar kedai ah boon tu. :)

ade jugak usha pakej2 island hopping sepanjang jalan tu. disebabkan kami pergi bukan masa peak season, kami pun takde la beli pakej siap2 malam tu. biasanya dah nak pergi esok, if ada kosong boleh bargain beria lagi. sebab diorang pun mesti nak memaksimumkan boat diorang kan. baru la untung. just usha2 price dan pakej jer. settle semua tu kami pun pulang ke hotel merehatkan diri. tidur lah. esok nak island hopping pulak. tak sabar nak masuk laut Krabi. :)

jumpa di Part.3 ok. review untuk Day 2 kat Krabi. 


Big Gulp sebesar muka. 7-11 mesia takde ni.

hasil tangkapan malam first.


Tips :

  1. Makesure dah breakfast pagi tu, sebab perjalanan jauh dan driver direct Penang-Hatyai takde berenti makan derrr..
  2. Transit Hatyai-Krabi cuma berhenti sekali jer kat kawasan rehat. kita naik van ramai2 kan, driver pun tak kan nak ikut kepala kita sorang pulak. sebab tu breakfast kenyang2 kat penang.
  3. Dekat travel agency Hatyai ni, tanya habis2 macam mana korang nak balik ke Penang pulak. pastikan dapat contact number/business card diorang. atau tanya driver yang bawak ke Krabi tu.
  4. buat Muslim yang wajib concern dengan Halal food, gerai tepi jalan ni very recommended. sedap,murah dan boleh dipercayai. since orang masjid pun lepak situ kan. (NO beer ok). tapi lupa nama kedai ni. betul2 depan masjid.
  5. cari hotel sekitar Ao Nang street. banyak pilihan dan senang nak jalan kaki ke kedai2.

Sincerely,
Fira Salleh

1 comment: